Wednesday, May 18, 2011

Dari Mana Datangnya Penyakit??



Sumber dari segala penyakit adalah Perut

Kita semua pernah merasakan jatuh sakit. Menurut filsafat penyembuhan organik, dipercaya bahwa kesehatan kita dilawan oleh toksin-toksin. Hal ini seringkali terjadi sebagai akibat dari menumpuknya toksin-toksin di dalam tubuh kita.

Toksin dapat berasal dari udara sekitar kita serta makanan yang kita makan yang mungkin berasal dari sumber-sumber yang telah terkena pencemaran.Makanan-makanan tersebut seringkali mengandung bahan pengawet, pewarna, perasa buatan dsb. Hewan ternak dan tumbuh-tumbuhan rentan terhadap penggunaan pupuk yang mengandung bahan kimia serta racun serangga.Ketika manusia memakan makanan dengan bahan-bahan kimia tersebut atau bernafas dalam unsur-unsur tersebut, secara bertahap toksin-toksin akan menumpuk pada sistim tubuh Anda dan dalam waktu singkat akan menyerang sel-sel tubuh dan sistem kekebalan tubuh.

Dalam waktu tidak lama, racun-racun akan dapat menemukan jalan masuk kedalam saluran darah, menyerang sistim pencernaan (perut, isi perut, usus besar), sistem penyaringan (hati dan ginjal) dan sistim endokrin (kelenjar pituitary, kelenjar adrenal, kelenjar gondok), melemahkan badan Anda dan menyebabkan Anda sakit. Seperti contohnya, ketika seseorang mengalami susah buang air besar, sisa-sisa pembuangan yang tetap berada di tubuh Anda akan berpengaruh pada fungsi-fungsi sistem pencernaan, membahayakan kesehatan dan dapat menyebabkan sakit yang serius dalam jangka panjang.

Para dokter percaya bahwa toksin-toksin yang terkumpul di dalam tubuh adalah penyebab utama datangnya penyakit bukannya kuman-kuman. Bakteri atau kuman hanya berdampak ketika terlalu banyak sisa-sisa pembuangan (toksin) didalam tubuh kita sehingga menyebabkan tubuh kita lemah dan daya tahan tubuh menurun.

Sunday, May 8, 2011

Mixture of Fruits and Its Goodness

Carrot + Ginger + Apple - Boost and cleanse our system.

Apple + Cucumber + Celery - Prevent cancer, reduce cholesterol, and eliminate stomach upset and headache.

Tomato + Carrot + Apple - Improve skin complexion and eliminate bad breath.

Bitter gourd + Apple + milk - Avoid bad breath and reduce internal body heat.

Orange + Ginger + Cucumber - Improve Skin texture and moisture and reduce body heat.

Pineapple + Apple + Watermelon - To dispel excess salts, nourishes the bladder and kidney.

Apple + Cucumber + Kiwi - To improve skin complexion.

Pear & Banana - regulates sugar content.

Carrot + Apple + Pear + Mango - Clear body heat, counteracts toxicity, decreased blood pressure and fight oxidization .

Honeydew + Grape + Watermelon + milk - Rich in vitamin C + Vitamin B2 that increase cell activity and str engthen body immunity.

Papaya + Pineapple + milk - Rich in vitamin C, E, Iron. Improve skin complexion and metabolism.

Banana + Pineapple + milk - Rich in vitamin with nutritious and prevent constipation

Fakta Mengenai Buah-Buahan Vol:1

1. Grapefruit : 
Kajian menunjukkan grapefruit mengandungi kandungan asam yang dapat menyingkirkan kalori lemak yang terdapat dalam makanan. 

2. Limau : 
Jika dibandingkan buah lain, limau mengandungi serat paling tinggi. Serat yang terdapat dalam limau adalah serat yang larut di dalam air sehingga dapat mengurangkan keinginan seseorang untuk makan. 

3. Epal : 
Berdasarkan kajian, berat badan seseorang turun sehingga 33 peratus apabila makan epal sebelum mengambil makanan berat. 

4. Berry : 
Raspberry, blackberry, blueberry, dan strawberi merupakan sumber makanan yang paling kaya dengan kandungan antioksidan yang dapat mengimbangi metabolisma tubuh. 

5. Tembikai : 
Buah yang mengandungi 92 peratus air ini mampu mengeyangkan dan sekaligus mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan. 

6. Anggur : 
Kandungan antioksidan dalam anggur dapat mencegah pembentukan lemak dalam perut.

Makanan Para Genius

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji kesahihan formula ini. Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan:

1) MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al Quran mengiktirafnya sebagai "shifa' " iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan. Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,magnesium, potassium (kalium), kupram,silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu".

Al Quran ada memberitahu kita tentang khasiat madu;

 "kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
( An- Nahl : 69)

Madu didapati berkesan untuk merawat penyakit-penyakit mental. Ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM
a) 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

PANTANG
b) Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Amalan itu sangat merbahaya!



2) KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi mempastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN:

a) Menghadap Kiblat
b) Baca " Bismillah" dan selawat ke atas Nabi ( 3 kali )
c) Baca doa penerang hati.
d) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
e) Makan sebiji-sebiji sebanyak 21 biji setiap hari.


3) SUSU SEGAR
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.

Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.

Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menguatkan akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.

Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu segar  (bentuk cecair ) lebih berkhasiat dari susu tepung.

Cerita tentang susu turut ada di dalam Al Quran.
   "Dan sesunggahnya pada binatang-binatang ternak, benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-binatang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebahagian darinya kamu makan," ( Al- Mukminun: 21 )

CARA MINUM:
a) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam.
b) Baca " Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w.

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein,mineral, vitamin, kalsium, kupram, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif.

Sabda Nabi s.a.w:
        " Sesungguhnya seorang Nabi a.s mengadu kepada Allah ( kerana dia ) lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur".

Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus.Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN: Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran. Menurut hadis Nabi s.a.w limau-limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w :
    " Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari. "

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.

Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia.
Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular.
Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) KEKACANG
Terdapat beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

13) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal.

14) KEMENYAN PUTIH

     ( Kemenyan serani/ luban / kundar )
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

15) ZA'FARAN: KOMKOMA
     ( CROCOS SATIVUS )

Sejenis bahan berambu merah. Perlu di makan sedikit sahaja. Ianya ada dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) BUNGA KOBIS 
Terdapat sejenis asid amino yang berguna untuk tenaga mental.

17) BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

18) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w :
      " Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata jika kita membuat sup ( atau kuah ), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.