Saturday, July 16, 2011

SENARAI HARGA RAWATAN DI PUSAT TERAPI OZON KB

Berikut adalah Senarai Harga Kos Rawatan yang kami tawarkan di Pusat Terapi Ozon Kota Bharu.

PERKARA
HARGA
Rawatan Cuci Darah
RM 350
(Biasa)
Rawatan Cuci Darah
RM 1500
(Pakej Sihat)
Rawatan Cuci Darah (Kencing Manis)
RM 50
Rawatan Ozon Melalui Rectal
RM 50
Suntikan Sendi (Intraarticular)
RM 50
(Sebelah)
Suntikan Antioksida (Supplement)
RM 150
Ujian Darah
RM 150
(General Screening)
Vitamin B Complex
RM 120
Ujian Gula Dalam Darah
RM 10
Minyak Ozon (Bawa Sendiri)
RM 10
(SE)
Minyak Ozon
RM 10
(Sebotol)



Sertai kami sebagai Ahli sekarang untuk mendapat harga yang lebih istimewa!

Barli Untuk Kesihatan!



  • Nama botani bagi Barli ialah Hordeum Vulgar
  • Bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling penting pada ketika itu.
  • Bijirin barli merupakan sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian. 
  • Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini dan merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut.
  • Kajian klinikal melaporkan bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam darah
  • Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.
  • Tahap beta-glucan yang tinggi dalam barli bertanggungjawab dalam menigkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2
  • Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung.
  • Barli juga merupakan sumber baik bagi vitamin B
  • Dapat merangsang penyejatan glukosa dalam darah.  barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromuim.
  • Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.
  • Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega, pengeluar kahak dan pelembut. Kadang kala ia juga bertindak sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran
  • Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat dispepia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu
  • Sebaik-baiknya tunas bijiran barli ini tidak diberikan kepada ibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan pengaliran susu.
  • Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan berkhasiat atau dijadikan air barli (rebusan air barli dalam air). 
 
  • Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera makan. Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai penyejuk badan.
  • Jus yang dihasilkan daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Bahan kimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan penghasilan kerosakan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes.  
Fakta terakhir tentang barli ialah Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan dan Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.


Kelebihan Madu Lebah Menurut Perspektif Islam

 
 
 Hadis ini adalah berkaitan dengan khasiat madu lebah.
Terdapat banyak hadis yang menceritakan tentang kelebihan madu lebah, di antaranya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mājjah.

مَنْ لَعِقَ الْعَسَلَ ثَلَاثَ غَدَوَاتٍ كُلَّ شَهْرٍ لَمْ يُصِبْهُ عَظِيمٌ مِنْ الْبَلَاءِ

Maksudnya: Sesiapa yang meminum madu lebah pada waktu pagi, tiga kali setiap bulan, dia tidak akan menghidapi penyakit berbahaya.

Jenis Madu dan Keistimewaan Lebah


Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Lebah atau nama saintifiknya Apis Mellifera di antara makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang dikenali lantaran madu yang dihasilkannya. Tanpa madu, lebah hanya dianggap sebagai binatang biasa, walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting. Masyarakat lebah amat dikenali sebagai satu kelompok masyarakat yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja. Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.

Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah di dalam kitab-Nya al-Quran. Pengabadian ini dilakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah, (Al-Nahl). Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah ini mengenai lebah dan khasiat yang terdapat dalam madu lebah.

Maksudnya:

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkan kepadamu (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir.
Al-Nahl (16): 68-69


Fakta Saintifik: Khasiat Madu Lebah

Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungivitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.

Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya. Mengikut Dr. Peter Molan, seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti Waikato, New Zealand, di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada pada tahap yang menghalang pembiakan bakteria. Apabila ia dicairkan, salah satu enzim yang terdapat di dalamnya merangsang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai hydrogen peroxide. Kuasa antibakteria yang terdapat dalam madu lebah membolehkannya membunuh sejenis kuman yang berbahaya, iaitu, staphylococcus aureus.

Banyak lagi khasiat yang terdapat dalam madu lebah yang telah terbukti dengan kajian para doktor dan pakar seluruh dunia sehingga ia digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat. Di antara khasiat lain bagi madu lebah ialah:

i) digunakan sebagai ubat sakit perut
ii) menghilangkan ketagihan dadah
iii) menghilangkan kahak
iv) memutih dan menguatkan gigi
v) menghilangkan kesan terbakar pada kulit
vi) menguatkan badan, bagi yang berumur

Perihal madu lebah bukan sahaja terdapat dalam Quran dan Hadis, tetapi juga terdapat di dalam Bible.

Thursday, July 14, 2011

TERBARU: PAKEJ SIHAT UNTUK RAWATAN

Berita Baik!

Kami menawarkan Pakej Sihat terbaru yang lebih jimat dan nyata lebih berbaloi-baloi.....

a) Pakej 2 : RM 1200 (EBOO 3x + Blood Test)
b) Pakej 3 : RM 1050 (EBOO 3x + GLUTATIONE)
c) Pakej 4 : RM 1170 (EBOO 3x + GLUTATIONE + VIT B COMPLEX)
d) Pakej 5 : RM 1020 (EBOO 3x + VIT B COMPLEX)


Kini anda boleh tampil sihat dengan lebih nilai untuk wang anda!

Datanglah beramai-ramai!