Apakah Toksin?.
Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran.Antaranya ialah pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Kesihatan menjadi lebih parah apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan. Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya.
Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa bunagan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.
Kesan Kemudarat Toksin Kepada Tubuh ?
Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain.
Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan keta. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yang diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah, ialah:-
Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat, furunkel dan lain-lain.
Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul dipelbagai tisu badan.
Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, Kadar metabolisme semakin cepat, mengakibatkan tubuh menjadi demam.
Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi
Toksin yang melekatkan di dalam darah akan menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung, bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. Ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi. Di samping, buah pinggang dan sistem endoktrin dalam usaha membersihkan toksin akanmerembes pelbagai jenis kimia yang menyebab terjadinya tekanan darah tinggi.
Alergi, Asma, Pundi hempudu dan Karang , Pengerasan Saluran Darah, Sakit Sendi dan Sengal-Sengal Tulang, Sembelit, Perut Kembung, Barah Payudara, Kemerosotan Daya Seksual.
Oleh itu, langkah awalan untuk menyembuhkan penyakit ialah dengan menyingkirkan toksim dan tidak semata-semata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.
Sunday, February 27, 2011
Fungsi Darah
Ringkasan Fungsi Darah.
- Bertindak sebagai sistem pengangkutan dari tubuh, menghantar semua bahan kimia, oksigen dan nutrien (khasiat) yang diperlukan untuk tubuh supaya fungsi normalnya dapat dipenuhi dan menyingkirkan karbon dioksida serta hasil buangan yang lain.
- Sel darah merah menghantar oksigen ke tisu dan menyingkirkan sebahagian karbon dioksida.
- Sel darah putih menyediakan banyak bahan perlindungan dan kerana tindakan fogositotik oleh beberapa sel, dapa melindungi tunbuh dari sebarang serangan bakteria.
- Rembesan dalaman dalaman, hormon dan enzim dihantarkan dari organ ke organ dengan perantaraan darah.
- Plasma berfungsi mengagihkan protein untuk pembentukkan tisu menyegarkan cecair tisu kerana melalui cecair ini semua sel tubuh menerima makanannya dan merupakan kenderaan untuk mengangkut bahan buangan ke pelbagai organ rembesan untuk dibuang.
"Toksin yang menyerap ke dalam darah merupakan faktor utama kepada pelbagai jenis penyakit atau sakit pada tubuh badan manusia...."
Mengikut konsep dan teori penyembuhan semulajadi bahawa, faktor utama yang menyebabkan organ-organ dan tubuh mengidap pelbagai jenis penyakit ialah kerana toksin atau racun dalam badan. Hakikatnya, jenis atau nama sesuatu penyakit yang dialami adalah ditentukan oleh kerosakkan yang disebabkan oleh toksin tersebut.
Jenis Darah
Jenis Darah.
Secara umumnya, menurut sistem ABO Landsteiner darah manusia terbahagi kepada 4 kumpulan, iaitu:-
Bagi manusia yang terdiri daripada kumpulan darah O, adalah bersifat universal kerana ia boleh digunakan atau didermakan kumpulan darah yang lain. Berdasarkan kajian, jumlah norma darah atau jumlah sel setiap mililiter padu darah adalah kira-kira:-
Secara umumnya, m
Publish Post
Kumpulan AB | 3.0 % |
Kumpulan A | 42.0 % |
Kumpulan B | 8.5 % |
Kumpulan O | 46.5 % jumlah |
Bagi manusia yang terdiri daripada kumpulan darah O, adalah bersifat universal kerana ia boleh digunakan atau didermakan kumpulan darah yang lain. Berdasarkan kajian, jumlah norma darah atau jumlah sel setiap mililiter padu darah adalah kira-kira:-
Sel Darah Merah | Purata 5,000,00 |
Sel Darah Putih | Purata 8,000 |
Apakah Darah?
Darah adalah tisu cair yang terdiri daripada dua bahagian di mana bahan cecair yang disebut plasma yang tedapat unusr-unsur terapung iaitu sel darah. Dalam tubuh manusia mengandungi isipadu darah iaitu satu per duabelas berat badan iaitu kira-kira 5 liter. Pada waktu sihat, isipadu darah adalah tetap dan sehingga batas tertentu. Ia diatur oleh tekanan ostomik dalam pembuluh darah dan dalam tisu.
Komposisi Darah
Komposisi Darah
Air | : 91.0 % |
Protein | : 8.0 % (Albumin, globulin, protrombin dan fibrinogen) |
Mineral | : 0.9 % (Natrium klorida, natrium bikorbonat, garam, kalsium, magnesium besi dan sebagainya. |
Wednesday, February 23, 2011
Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?
Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul? Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta. Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik. Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya. Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga. Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang. Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll. Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya. |
Apa perbezaan antara sakit jantung dengan strok?
Sakit jantung terjadi apabila terdapat pengurangan aliran darah ke otot jantung, yang biasanya disebabkan oleh plak dan darah beku.
FAKTA TENTANG TEKANAN DARAH TINGGI
TEKANAN DARAH TINGGI ( HIPERTENSI )
Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia (1996) - Sun, Selasa Mac 6hb2001
- 33% orang dewasa
- 2.6 juta berumur 30 thn
- 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup
Sebab :
- 85 - 90% faktor keturunan
- 40% faktor ahli keluarga terdekat
- 23% garam berlebihan
BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN
KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN
Normal Kurang dpd. 130/85 Periksa semula dlm masa 2 thn
Normal Tinggi
130-139 / 85-89 Periksa semula dlm masa 1 thn; ubag gaya hidup
Hipertensi Peringkat 1
140-159 / 90-99 Sahkan dlm 2 bln; ubah gaya hidup
Peringkat 2
160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa sebulan
Peringkat 3
180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dlm masa seminggu
Peringkat 4
210 / 120 dan lebih Penilaian perubatan dan rawatan segera
GEJALA-GEJALA YG BIASA
1. Mengalami pitam
2. Penglihatan kabur
3. Berasa Teganag tanpa sebarang sebab (stress)
4. Muka menjadi kemerahan
5. Hidung berdarah secara spontan
6. Sakit Kepala waktu pagi
7. Telinga Berdegung / berdesing
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
9. Gayat tanpa sebab
TANDA AMARAN KRONIK
Serangan Iskemia Sementara (TIA)
* "Strok kecil" yg datang sekejap shj dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak.
* Dalam masa 5 thn, 35% akan mengalami strok sebenar.
* Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi.
* Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%.
* Gejala; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan / kaki - sebelah / kedua belah, masalah percakapan / penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koodinasi kurang baik.
2 JENIS STROK ASAS
'Strok trombik' (serangan jantung ke otak)
* Saluran darah yg membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak berlemak (darah bergumpal di dalam saluran darah)
* Simptom; badan lemah, lumpuh, pertuturan tergangu, koma berpanjangan. 'Strok Berdarah'
* Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme
* (Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah)
* Simptom; darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser.
AMALAN DIET
1. Elakkan garam - kreatifkan dgn menukar herba / rempah ratus.
2. Jangan makan daging proses: Hot Dog, burger, bebola daging...
3. Jangan makan sayur dalam tin.
4. Elak makanan bergoreng, kuli ayam, lemak daging, makanan segera.
5. Hadkan Kafein: kopi, rokok...
6. Jauhi bahan pengawet, pewarna, perasa.
7. Awas lemak tersembunyi: santan dlm kari, nasi lemak, rot canai...
MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI
1. Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak.
2. Diet kurang daging merah, ayam tiada kulit...
3. Kekacang, soya, dal dan dll...
4. Makanan tinggi kalium; kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang
5. Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih/merah
6. Makanan tinggi kalsium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (rokoli, kubis...)
7. Cara masakan rebus, kukus, pamggang, sekali kala goring.
UBAH GAYA HIDUP
* Pil perancang
* Rokok
* Alkohol
* Ketegangan (Stress)
* Amalkan Senaman
TIPS KESIHATAN!
Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-
1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.
Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.
Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-
1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Perut Punca Segala Penyakit!
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)
Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.
6 punca penyebab penyakit dari perut:-
1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
2. Terlalu berlebihan semasa makan.
3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.
Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)
4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)
6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.
Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)
Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami)
Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.
6 punca penyebab penyakit dari perut:-
1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
2. Terlalu berlebihan semasa makan.
3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.
Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: "Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit." (Riwayat Abu Hurairah)
4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak
(menggosok gigi)." (Riwayat Ibnu Majah)
6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.
Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: "Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah)
Apakah Kesan Terapi Ozon Kepada Badan Manusia?
Dr. Shallenberger telah melakukan pelbagai usaha untuk menyokong hipotesis bahawa ozon mempunyai kesan jangka panjang yang positif untuk rawatan penyakit AIDS. Beliau telah membentangkan kertas kerja tentang perubatan ozon di Seminar Ozon Antarabangsa di Texas. Beliau telah berjaya merawat pesakit dengan perubatan ozon melalui Major Autohemotherapy. Berikut adalah kesan fisiologi yang berlaku selepas menjalani rawatan ozon.
1. Ozon merangsang penghasilan sel darah putih.
Sel darah putih penting untuk melindungi badan dari serangan bakteria, virus, fungi dan sel kanser. Apabila kekurangan oksigen, sel ini menjadi tidak berfungsi dan gagal untuk menyingkirkan bendasing malah bertindakbalas dengan sel yang sihat menyebabkan alahan. Selepas menjalani terapi ozon, paras oksigen akan meningkat dan kekal untuk jangkamasa panjang. Hasilnya kesan alahan dapat dikurangkan/dihapuskan.
2.Paras Interferon meningkat secara signifikan.
Interferon adalah sejenis protein globul yang mengawal sistem pertahanan badan. Sesetengah Interferon dihasilkan oleh sel yang telah dijangkiti virus. Interferon memberi amaran kepada sel yang sihat tentang kehadiran virus, dan mengelakkan sel tersebut menjadi perumah kepada virus. Dengan kata lain, ia merencat replikasi viral. Interferon juga dihasilkan oleh otot, tisu konektif dan sel darah putih. Paras Interferon gamma ditingkatkan sehingga 400-900 % oleh ozon. Interferon ini terlibat dalam mengawal sel fagosit yang berfungsi memakan dan membunuh patogen dan sel yang abnormal. Penggunaan Interferon telah diluluskan oleh FDA untuk merawat Hepatitis B dan C yang kronik, Genital Warts (disebabkan oleh Papillomavirus), Hairy -cell Leukemia, Karposi's Sarcoma, Relapsing -Remitting Multiple Sclerosis dan penyakit Glonulomatous yang kronik.Pada masa sekarang Interferon digunakan untuk ujian klinikal bagi penyakit Throat Wart,HIV infection, Chronic Myelogenous Leukimia, Non - Hodgkins Lymphoma, kanser kolon, kanser buah pinggang, kanser pundi kencing, Malignant Melanoma, Basal cell Carcinoma dan Leishmaniasis. Walau bagaimanapun inteferon yang digunakan tanpa dirangsang oleh ozon mempunyai banyak kesan sampingan, berbanding inteferon yang diransang oleh ozon.
3.Ozon meransang penghasilan Tumor Necrosis Factor (TNT).
Apabila tumor semakin berkembang, TNF akan dihasilkan. Apabila tumor berubah menjadi metastatic, sel barah akan berpecah dan diangkut melalui salur darah dan limfa ke tempat lain di dalam badan dan berkembang . Sel barah yang bersendirian (lone cancer cell) tidak berpeluang membiak disebabkan oleh penghasilan TNF yang merencat original tumor. Apabila sel barah dikeluarkan melalui pembedahan, paras TNF menurun secara mendadak dan sel tumor yang baru. muncul dan tisu yang sibat. Walaubagaimanapun melalui terapi ozon hal ini tidak berlaku dan ianya lebih selamat.
4.Ozon merangsang penghasilan Interleukin-2 yang berfungsi dalam pertahanan badan.
Ia dirembeskan oleh T- helpers. Dalarn proses autostimulasi, IL-2 akan mengikat pada reseptor T- helpers menyebabkan penghasilan lebih banyak IL-2. Fungsi utamanya adalah menggalakkan limfosit membahagi dan berganda, lalu menghasilkan lebih banyak T - Helpers, T-suppressors, cytotoxic T's, Tdelayed's dan T- memory cells.5.Ozon boleb membunuh kebanyakan bakteria pada kepekatan yang rendah.
Metabolisme bakteria adalah 1:17 daripada kecekapan metabolisme manusia.Oleh sebab itu kebanyakkannya tidak boleh menghasilkan enzim anti oksida terbuang seperii.katalase. Hanya sesetengah bakteria boleh hidup dalam persekitaran yang mengandungi lebih 2% ozon.
6.Ozon berkesan melawan semua jenis fungi
termasuklah Candida albicans,athletes foot, molds, midews, yeasts dan kulat.
7.Ozon menyerang virus dengan pelbagai cara.
Seperti yang diterangkan di atas, ozon juga boleh bertindak terus kepada viral particals. Bahagian virus yang paling sensitif kepada oksidasi adalah stuktur pembiakan. Apabila struktur ini tidak diaktifkan, virus tersebut akan mati. Sel yang telah dijangkiti, secara semulajadi lemah terhadap ozon. Disebabkan metabolic burden, sel tidak lagi boleh menghasilkan enzim yang diperlukan untuk membaik pulih sel.
8.Ozon adalah antineoplastic.
Ia merencat pertumbuhan tisu baru, ini kerana ia tidak lagi membahagi secara cepat untuk membentuk tisu tetapi keutamaannya lebih bertumpu kepada penghasilan enzim yang diperlukan untuk melindunginya daripada ozon. Pembahagian sel kanser yang berlaku dengan cepat direncat oleh ozon .
9.Ozon mengoksidasi plak arteri.
la memecahkan plak yang menempel pada salur darah sama ada bagi penyakit Arteriosclerosis dan Arthrosclerosis. Ini bermakna ozon mempunyai keupayaan untuk membersihkan salur darah yang tersumbat. Ini membolehkan lebih banyak oksigen dibekalkan kepada tisu.
10. Ozon meningkatkan kelenturan dan keanjalan sel darah merah.
Apabila dilihat di bawah mikroskop, ia berbentuk cakera, Dalam kapilari darah, apabila sel darah merah mengambil atau melepaskan oksigen ia akan bertukar kepada bentuk oval. Bentuk tersebut membantu sel darah merah melalui salur darah yang kecil lebih mudah dan menjadikan pertukaran gas lebih cekap. Peningkatan kebolehlenturan sel darah merah membolehkan tahap oksigen dalam darah meningkat untuk beberapa hari malah beberapa minggu selepas rawatan ozon.
I I.Ozon mempercepatkan kitar Citric Acids/kitar krebs/kitar TCA.
Ini adalah langkah penting dalam proses glikolisis untuk menghasilkan tenaga.
12.Ozon menjadikan sistem enzim anti oksidan bekerja lebih cekap.
Bahan kimia ini memberikan kesan yang buruk kepada sistem pertahanan badan. la boleh menyebabkan alahan dan membahayakan kesihatan serta menjadi penentu jangka panjang tahap kesihatan kita.
Tuesday, February 22, 2011
Apakah Kebaikan / Faedah Terapi Ozon ?
Bukti dan laporan yang saintifik mahupun anekdot tentang terapi ozon seolah ‑ olah sesuatu yang sukar dipercayai. Mungkin anda tidak pernah mendengar tentang terapi semulajadi yang sungguh menakjubkan ini. Ini disebabkan, sehingga kini pihak berwajib di negara kita terkebelakang dalam penyelidikan tentang kegunaan ozon. Walau bagaimanapun, persidangan Ozon Sedunia ke ‑ 6 yang telah berlangsung di Washington D. C dalam bulan Mei 1983, telah membentangkan kertas kerja tentang kegunaan teraputik dan perubatan ozon. Kertas kerja tersebut termasuklah mengenai barah, herpes dan rhematoid artritis yang ditulis oleh pakar ‑ pakar yang diiktiraf dunia dalam bidang masing ‑ masing. Kesimpulan daripada kertas kerja tersebut adalah :
1 . Ozon membunuh kulat, bakteria dan virus yang tidak dikehendaki daripada darah seperti ia membersihkan bakteria dan virus daripada air.
2. Kemungkinan untuk dijangkiti oleh virus hepatitis, HIV, sipilis atau penyakit berjangkit lain melalui pemindahan darah boleh dihapuskan dengan penggunaan ozon.
3. Ozon menyahkuman dari luka yang terdedah.
4. Ozon berkesan dalam terapi penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular serta arteriosklerosis. Ia mengembalikan peredaran darah secara serta merta, meringankan kesakitan angina dan memperbaiki fungsi dan peredaran darah dalam otak.
5. Ketumbuhan barah, lymphomas dan leukimia boleh dihapuskan tanpa pembedahan, radiasi dan kemoterapi.
6. Ozon sangat berkesan terhadap semua jenis penyakit rheumatoid. dan artritis.
7. Ozon sangat berguna untuk semua jenis alahan.
8. Ozon memperbaiki keadaan multiple sclerosis dan penyakit neurogikal lain, membantu melambatkan kehilangan fungsi dalam kes penyakit Alzheimer's dan penyakit Parkinson's.
9. Penggunaan luaran ozon sangat berkesan dalam merawat kemalangan akibat kebakaran, jerawat, ulser, luka dan lecetan yang terdedah, fungus dan kecacatan kulit.
10. Ozon sangat berkesan untuk prokfitis, kolitis, prostitus, fissure, candidiasis dan jangkitan yis lain, trichomoniasis, penyakit vagina lain,sis pada buah pinggang, fistula dan penyakit Chrohns.
11. Mononukleosis dan Cirrhosis pada hati, AIDS, herpes dan hepatitis telah berjaya diubati dengan ozon, tanpa penggunaan sebarang jenis dadah.
12. Penggunaan ozon tidak menyakitkan, tiada kesan sampingan yang memudaratkan dan sangat menjimatkan kepada doktor mahupun pesakit.
13. Gangrene telah berjaya dihapuskan dengan membekalkan ozon ke babagian yang dijangkiti dalam persekitaran yang tertutup. Dalam persekitaran yang tertutup ini, ozon dapat diserap melalui kulit dan proses penyembuhan berlaku dengan cepat. Bahagian yang dirawat selalunya bertukar dari kehitaman kepada kemerahan pada rawatan pertama.
14. Sejak tahun 1985, lebih daripada 15 negara telah membenarkan penggunaan terapi ozon. Lebih daripada 6000 alat penghasil ozon telah dijual di Eropah sahaja. Daripada beribu‑ribu orang yang telah dirawat, tidak ada satu pun kes yang melaporkan tindakbalas negatif terhadap penggunaan ozon.
Apakah Ozon?
Thursday, February 3, 2011
8 Secrets to Always Look Young
1. Antioxidant nutrients
2. Eat mustard
3. Take vitamins
4. Take ginseng panax
5. Take walnut
6. Take garlic
7. Clean environment ensure optimum tissue oxygenation/regular ozone therapy
8. The perfect marriage
Important factors for longevity
1. Feel younger than age 13 years old
2. Keeping up with fashion.
3. Starting menopausal after the age of 52
4. Less daily calorie intake.
5. Pulse of 15 seconds 15 times (60 beat/min)
6. Do not snore
7. Abdomen flat after menopause/climacteric
8. High levels of vitamin D in the blood.
9. Outgoing.
10. Running 40 minutes a day.
Kehebatan Tempeh
A serving of soy tempeh is an excellent source of dietary fiber and soy protein. It is also a good source of folic acid, potassium and iron. Important bio-active components called isoflavones and saponins, found naturally in soybeans are being studied in relationship to relief of menopause symptoms, such as hot flashes, maintaing healthy bones and preventing prostate and breast cancers.
Tempeh is a healthy, high-quality protein source that contains all essential amino acids for growth. Soy protein is equal in quality to meat, milk and egg protein and comes without saturated fat and cholesterol.
In addition to the quality of soy protein, scientist have found that soy protein may help reduce the risk of heart disease by lowering blood cholesterol and increasing the flexibility of blood vessels. The FDA has approved a health claim stating that 25 grams of soy protein in a daily diet low in saturated fat and cholesterol can help reduce total and LDL cholesterol that is moderately high to high.
Tuesday, February 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)