Bukti dan laporan yang saintifik mahupun anekdot tentang terapi ozon seolah ‑ olah sesuatu yang sukar dipercayai. Mungkin anda tidak pernah mendengar tentang terapi semulajadi yang sungguh menakjubkan ini. Ini disebabkan, sehingga kini pihak berwajib di negara kita terkebelakang dalam penyelidikan tentang kegunaan ozon. Walau bagaimanapun, persidangan Ozon Sedunia ke ‑ 6 yang telah berlangsung di Washington D. C dalam bulan Mei 1983, telah membentangkan kertas kerja tentang kegunaan teraputik dan perubatan ozon. Kertas kerja tersebut termasuklah mengenai barah, herpes dan rhematoid artritis yang ditulis oleh pakar ‑ pakar yang diiktiraf dunia dalam bidang masing ‑ masing. Kesimpulan daripada kertas kerja tersebut adalah :
1 . Ozon membunuh kulat, bakteria dan virus yang tidak dikehendaki daripada darah seperti ia membersihkan bakteria dan virus daripada air.
2. Kemungkinan untuk dijangkiti oleh virus hepatitis, HIV, sipilis atau penyakit berjangkit lain melalui pemindahan darah boleh dihapuskan dengan penggunaan ozon.
3. Ozon menyahkuman dari luka yang terdedah.
4. Ozon berkesan dalam terapi penyakit kardiovaskular dan serebrovaskular serta arteriosklerosis. Ia mengembalikan peredaran darah secara serta merta, meringankan kesakitan angina dan memperbaiki fungsi dan peredaran darah dalam otak.
5. Ketumbuhan barah, lymphomas dan leukimia boleh dihapuskan tanpa pembedahan, radiasi dan kemoterapi.
6. Ozon sangat berkesan terhadap semua jenis penyakit rheumatoid. dan artritis.
7. Ozon sangat berguna untuk semua jenis alahan.
8. Ozon memperbaiki keadaan multiple sclerosis dan penyakit neurogikal lain, membantu melambatkan kehilangan fungsi dalam kes penyakit Alzheimer's dan penyakit Parkinson's.
9. Penggunaan luaran ozon sangat berkesan dalam merawat kemalangan akibat kebakaran, jerawat, ulser, luka dan lecetan yang terdedah, fungus dan kecacatan kulit.
10. Ozon sangat berkesan untuk prokfitis, kolitis, prostitus, fissure, candidiasis dan jangkitan yis lain, trichomoniasis, penyakit vagina lain,sis pada buah pinggang, fistula dan penyakit Chrohns.
11. Mononukleosis dan Cirrhosis pada hati, AIDS, herpes dan hepatitis telah berjaya diubati dengan ozon, tanpa penggunaan sebarang jenis dadah.
12. Penggunaan ozon tidak menyakitkan, tiada kesan sampingan yang memudaratkan dan sangat menjimatkan kepada doktor mahupun pesakit.
13. Gangrene telah berjaya dihapuskan dengan membekalkan ozon ke babagian yang dijangkiti dalam persekitaran yang tertutup. Dalam persekitaran yang tertutup ini, ozon dapat diserap melalui kulit dan proses penyembuhan berlaku dengan cepat. Bahagian yang dirawat selalunya bertukar dari kehitaman kepada kemerahan pada rawatan pertama.
14. Sejak tahun 1985, lebih daripada 15 negara telah membenarkan penggunaan terapi ozon. Lebih daripada 6000 alat penghasil ozon telah dijual di Eropah sahaja. Daripada beribu‑ribu orang yang telah dirawat, tidak ada satu pun kes yang melaporkan tindakbalas negatif terhadap penggunaan ozon.
No comments:
Post a Comment