Wednesday, February 23, 2011

Apakah Kesan Terapi Ozon Kepada Badan Manusia?

Dr. Shallenberger telah melakukan pelbagai usaha untuk menyokong hipotesis bahawa ozon mempunyai kesan jangka panjang yang positif untuk rawatan penyakit AIDS. Beliau telah membentangkan kertas kerja tentang perubatan ozon di Seminar Ozon Antarabangsa di Texas. Beliau telah berjaya merawat pesakit dengan perubatan ozon melalui Major Autohemotherapy. Berikut adalah kesan fisiologi yang berlaku selepas menjalani rawatan ozon.

1. Ozon merangsang penghasilan sel darah putih
Sel darah putih penting untuk melindungi badan dari serangan bakteria, virus, fungi dan sel kanser. Apabila kekurangan oksigen, sel ini menjadi tidak berfungsi dan gagal untuk menyingkirkan bendasing malah bertindakbalas dengan sel yang sihat menyebabkan alahan. Selepas menjalani terapi ozon, paras oksigen akan meningkat dan kekal untuk jangkamasa panjang. Hasilnya kesan alahan dapat dikurangkan/dihapuskan.

2.Paras Interferon meningkat secara signifikan
Interferon adalah sejenis protein globul yang mengawal sistem pertahanan badan. Sesetengah Interferon dihasilkan oleh sel yang telah dijangkiti virus. Interferon memberi amaran kepada sel yang sihat tentang kehadiran virus, dan mengelakkan sel tersebut menjadi perumah kepada virus. Dengan kata lain, ia merencat replikasi viral. Interferon juga dihasilkan oleh otot, tisu konektif dan sel darah putih. Paras Interferon gamma ditingkatkan sehingga 400-900 % oleh ozon. Interferon ini terlibat dalam mengawal sel fagosit yang berfungsi memakan dan membunuh patogen dan sel yang abnormal. Penggunaan Interferon telah diluluskan oleh FDA untuk merawat Hepatitis B dan C yang kronik, Genital Warts (disebabkan oleh Papillomavirus), Hairy -cell Leukemia, Karposi's Sarcoma, Relapsing -Remitting Multiple Sclerosis dan penyakit Glonulomatous yang kronik.Pada masa sekarang Interferon digunakan untuk ujian klinikal bagi penyakit Throat Wart,HIV infection, Chronic Myelogenous Leukimia, Non - Hodgkins Lymphoma, kanser kolon, kanser buah pinggang, kanser pundi kencing, Malignant Melanoma, Basal cell Carcinoma dan Leishmaniasis. Walau bagaimanapun inteferon yang digunakan tanpa dirangsang oleh ozon mempunyai banyak kesan sampingan, berbanding inteferon yang diransang oleh ozon.

3.Ozon meransang penghasilan Tumor Necrosis Factor (TNT)
Apabila tumor semakin berkembang, TNF akan dihasilkan. Apabila tumor berubah menjadi metastatic, sel barah akan berpecah dan diangkut melalui salur darah dan limfa ke tempat lain di dalam badan dan berkembang . Sel barah yang bersendirian (lone cancer cell) tidak berpeluang membiak disebabkan oleh penghasilan TNF yang merencat original tumor. Apabila sel barah dikeluarkan melalui pembedahan, paras TNF menurun secara mendadak dan sel tumor yang baru. muncul dan tisu yang sibat. Walaubagaimanapun melalui terapi ozon hal ini tidak berlaku dan ianya lebih selamat.

4.Ozon merangsang penghasilan Interleukin-2 yang berfungsi dalam pertahanan badan
Ia dirembeskan oleh T- helpers. Dalarn proses autostimulasi, IL-2 akan mengikat pada reseptor T- helpers menyebabkan penghasilan lebih banyak IL-2. Fungsi utamanya adalah menggalakkan limfosit membahagi dan berganda, lalu menghasilkan lebih banyak T - Helpers, T-suppressors, cytotoxic T's, Tdelayed's dan T- memory cells.

5.Ozon boleb membunuh kebanyakan bakteria pada kepekatan yang rendah
Metabolisme bakteria adalah 1:17 daripada kecekapan metabolisme manusia.Oleh sebab itu kebanyakkannya tidak boleh menghasilkan enzim anti oksida terbuang seperii.katalase. Hanya sesetengah bakteria boleh hidup dalam persekitaran yang mengandungi lebih 2% ozon.

6.Ozon berkesan melawan semua jenis fungi 
termasuklah Candida albicans,athletes foot, molds, midews, yeasts dan kulat.

7.Ozon menyerang virus dengan pelbagai cara. 
Seperti yang diterangkan di atas, ozon juga boleh bertindak terus kepada viral particals. Bahagian virus yang paling sensitif kepada oksidasi adalah stuktur pembiakan. Apabila struktur ini tidak diaktifkan, virus tersebut akan mati. Sel yang telah dijangkiti, secara semulajadi lemah terhadap ozon. Disebabkan metabolic burden, sel tidak lagi boleh menghasilkan enzim yang diperlukan untuk membaik pulih sel.

8.Ozon adalah antineoplastic
Ia merencat pertumbuhan tisu baru, ini kerana ia tidak lagi membahagi secara cepat untuk membentuk tisu tetapi keutamaannya lebih bertumpu kepada penghasilan enzim yang diperlukan untuk melindunginya daripada ozon. Pembahagian sel kanser yang berlaku dengan cepat direncat oleh ozon .

9.Ozon mengoksidasi plak arteri
la memecahkan plak yang menempel pada salur darah sama ada bagi penyakit Arteriosclerosis dan Arthrosclerosis. Ini bermakna ozon mempunyai keupayaan untuk membersihkan salur darah yang tersumbat. Ini membolehkan lebih banyak oksigen dibekalkan kepada tisu.

10. Ozon meningkatkan kelenturan dan keanjalan sel darah merah
Apabila dilihat di bawah mikroskop, ia berbentuk cakera, Dalam kapilari darah, apabila sel darah merah mengambil atau melepaskan oksigen ia akan bertukar kepada bentuk oval. Bentuk tersebut membantu sel darah merah melalui salur darah yang kecil lebih mudah dan menjadikan pertukaran gas lebih cekap. Peningkatan kebolehlenturan sel darah merah membolehkan tahap oksigen dalam darah meningkat untuk beberapa hari malah beberapa minggu selepas rawatan ozon.

I I.Ozon mempercepatkan kitar Citric Acids/kitar krebs/kitar TCA
Ini adalah langkah penting dalam proses glikolisis untuk menghasilkan tenaga.

12.Ozon menjadikan sistem enzim anti oksidan bekerja lebih cekap.

13.Ozon boleh menguraikan petrokimia ( bahan kimia). 
Bahan kimia ini memberikan kesan yang buruk kepada sistem pertahanan badan. la boleh menyebabkan alahan dan membahayakan kesihatan serta menjadi penentu jangka panjang tahap kesihatan kita.

No comments:

Post a Comment